Ketua Pembangkang Datuk Rizam Ismail bercakap kepada media di luar Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 29 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Ketua pembangkang serah pucuk pimpinan BN putuskan kedudukannya dalam DNS

SHAH ALAM, 29 NOV: Ketua Pembangkang Selangor Datuk Rizam Ismail menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan hala tuju parti itu di dalam Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar berkata kedudukannya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) masih sebagai ketua pembangkang sehingga dimaklumkan kelak.

“Buat masa ni kedudukan saya masih sebagai ketua pembangkang dan saya masih menunggu arahan daripada pucuk pimpinan berhubung status BN dalam Kerajaan Negeri.

“Setakat ini belum ada apa-apa arahan. Sehari dua ni akan ada mesyuarat di Badan Perhubungan Umno dan mungkin akan ada pengumuman selepas itu,” katanya pada sidang media di Dewan Annex di sini hari ini.

Terdahulu, Ng Suee Lim memaklumkan kedudukan ketua pembangkang di negeri ini akan diteliti semula berikutan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan

Speaker DNS itu menyerahkan perkara berkenaan kepada kebijaksanaan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari untuk menentukannya.


Pengarang :