Orang ramai beratur untuk membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sijangkang di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Laluan khas mudahkan warga emas beli barang jualan murah

KUALA LANGAT, 30 NOV: Golongan warga emas gembira apabila program Jelajah Ehsan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang hari ini menyediakan laluan khas untuk mereka.

Lokman Jasman, 64, berkata laluan khas itu memudahkan golongan sepertinya sepertinya membeli barangan keperluan harian tanpa perlu beratur dan menunggu terlalu lama.

Lokman Jasman, 64. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Laluan khas disediakan ini bukanlah tiada orang tetapi kurang jika dibandingkan dengan barisan biasa untuk golongan muda.

“Saya memang sentiasa datang ke jualan murah ini kerana barangan dijual amat murah dan berpatutan serta menjimatkan belanja dapur,” katanya ditemui pada jualan murah di Taman Perwira di sini.

Sementara itu, Kuek Lee Kiang, 64, yang pertama kali mengunjungi jualan berkenaan tidak menyangka barangan keperluan harian dijual amat murah berbanding di pasaran.

Kuek Lee Kiang, 58. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Apabila kawan beritahu ada jualan ini, saya terus pergi dan beratur di laluan khas untuk warga emas. Saya beli minyak masak dan telur, harganya sangat murah dan dapat jimat berbelas ringgit,” katanya.

Terdahulu,  sebanyak 300 papan telur manakala ikan, daging dan beras masing-masing 300 unit habis terjual dalam tempoh dua jam sejak jualan dibuka pada jam 10 pagi.

Jualan murah berkenaan menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), jualan murah yang mencatat jualan melebihi RM10 juta sejak September hingga awal bulan turut menawarkan minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan yang dijadual sehingga Mac tahun depan.

Petugas menyiapkan barangan untuk dijual kepada orang ramai sempena program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sijangkang di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 30 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :