Calon Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk selepas ceramah kelompok di Pangsapuri Laksamana B, Gombak pada 7 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Kejayaan tadbir Selangor boleh bantu majukan negara

GOMBAK, 8 NOV: Pengalaman mentadbir Selangor dengan baik sejak 2018 mendorong Dato’ Seri Amirudin Shari bertanding kerusi Parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Berikutan itu, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) tekad membawa pengalaman selama empat tahun ke Putrajaya meski mengakui ia bukan tugas mudah.

“Saya ada peluang jaga negeri dan sudah buat baik di Selangor. (Saya mahu) sambung ke Parlimen sebab banyak peraturan dan tanggungjawab baru (perlu dibuat).

“Kita sudah buat sesuatu yang orang lain tidak boleh buat. Kita boleh bagi insurans perlindungan percuma kepada enam juta rakyat selepas mengambil iktibar daripada Covid-19 dan banjir akhir tahun lepas,” katanya.

Berucap pada ceramah kelompok di Pangsapuri Laksamana B di sini malam tadi, Pengerusi HARAPAN Selangor berkata banyak masalah dikesan ketika pandemik Covid-19 yang berjaya ditangani pentadbiran ini secara menyeluruh.

“Jadi pentadbiran yang baik bukan mudah sebab negeri ini pelbagai kaum dan ada yang datang dari luar negara. Semasa pandemik kita terpaksa urus komuniti antarabangsa dan dapat bantu beri bakul makanan.

“Kita jumpa banyak banyak masalah ketika itu, tetapi dengan kepimpinan tegas dan kreatif kita dapat atasi secara berkesan tanpa menuding jari kepada orang lain,” katanya.

Amirudin bertanding bagi mempertahan kerusi dimenangi HARAPAN pada 2018 sebelum penyandang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengalih sokongan.

Beliau bakal disaing hebat Azmin yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional, Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional), Gerakan Tanah Air (Jamaludin Mohd Tahir) dan Zulkifli Ahmad (Bebas).


Pengarang :