AGENDANASIONAL

MB ucap selamat maju jaya, harap Selangor FC rampas semula Piala Malaysia

SHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak Selangor FC yang bakal berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Pasukan berkenaan bakal bertemu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berharap piala bersejarah yang ke-34 tahun itu dapat dirampas kembali selepas kali terakhir dijulang Selangor pada tahun 2015.

“Selamat maju jaya buat pasukan Merah Kuning Selangor FC yang akan berentap di perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022.

“Rakyat Selangor sentiasa mendoakan kejayaan anda. Insya-Allah Piala Malaysia ke 34, Bring it home! (bawa pulang!), tulisnya di Facebook.

Kali terakhir Selangor menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2015 dengan menundukkan Kedah 2-0.


Pengarang :