AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat beberapa negeri di utara, pantai timur hingga 7 malam

SHAH ALAM, 13 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa negeri hingga 7 malam ini.

Agensi tersebut mengeluarkan amaran di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama), Terengganu (Dungun), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong).

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :