Skuad Jejak Kemiskinan Lembaga Zakat Selangor bersama wakil pimpinan komuniti menghulurkan set barangan keperluan termasuk makanan kepada keluarga asnaf Kariah Masjid Alaniah Pekan Sekinchan, Sabak Bernam pada 9 Disember 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS teruskan rutin jejak asnaf, bantu lima keluarga di Sekinchan

SHAH ALAM, 9 DIS: Rutin Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni asnaf fakir dan miskin diteruskan di Kariah Masjid Alaniah Pekan Sekinchan, hari ini.

Skuad Jejak Kemiskinan LZS bersama pimpinan setempat menziarahi lima keluarga bagi menyerahkan set barangan keperluan termasuk makanan.

“Alhamdulillah, sebanyak lima rumah asnaf fakir dan miskin yang kami ziarahi. Disamping bertanya khabar, kami juga menyerahkan set barangan dan keperluan makanan untuk mereka,” katanya menerusi Facebook.

Kunjungan LZS cawangan Sabak Bernam turut disertai pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan penolong amil kariah berkenaan.

Program turun padang yang diperkenalkan LZS sejak 2011 berjaya mengenal pasti golongan asnaf dengan menggunakan kaedah bancian dalam menentukan jenis-jenis bantuan yang bersesuaian.


Pengarang :