Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor, Putrajaya dan KL diramal hujan lebat hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 8 DIS: Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga jam 2 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan.

Keadaan sama turut berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sabah, Johor dan Sarawak.

Menurutnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :