Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penerima program Iltizam Selangor Sihat (ISS) sempena Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di Stadium Utama Kuala Selangor pada 2 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

83,537 warga Selangor daftar bantuan rawatan asas RM500 setakat Disember

SHAH ALAM, 5 JAN: Seramai 83,537 penduduk negeri ini mendaftar program Iltizam Selangor Sihat (ISS) untuk menerima bantuan rawatan asas sehingga RM500, setakat 7 Disember lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan inisiatif tersebut turut menyediakan perlindungan insurans sehingga RM5,000 dan khairat kematian RM1,000.

“ISS menyasar 100,000 pemohon berdaftar untuk memastikan penerimaan rawatan asas dan manfaat perlindungan. Alhamdulillah, seramai 83,537 penduduk negeri ini didaftarkan setakat 7 Disember 2022.

“Mereka ini akan diberi bantuan rawatan asas sehingga RM500, perlindungan insurans sehingga RM5,000 serta khairat kematian RM1,000,” katanya di Facebook hari ini.

Program itu memberi kemudahan kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah (B40) dalam mendapatkan rawatan asas kesihatan dan suntikan vaksin serta perlindungan takaful.

Syarat kelayakan seperti berikut:

  • Kategori keluarga: Pendapatan isi rumah RM3,000 dan mempunyai tanggungan 21 tahun (pelajar) ke bawah
  • Kategori individu: Pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah/pemegang kad OKU/warga emas (65 ke atas)
  • Syarat lain: Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Selangor lebih 10 tahun

Untuk maklumat lanjut, layari laman web pedulisihat.com.


Pengarang :