Orang ramai membeli keropok lekor pada program Karnival Usahawan Selangor (Kawan) 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kohijrah pelawa usahawan sertai program pembungkusan produk

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 29 JAN: Usahawan negeri ini dipelawa menyertai program Peningkatan Pembungkusan Produk (Made in Selangor) bagi meningkatkan imej dan meluaskan pasaran produk.

Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) memaklumkan program anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Negeri Selangor itu menyediakan dua tahap iaitu pembungkusan baharu dan penambahbaikan pembungkusan sedia ada.

Menurut agensi di Facebook, yuran penyertaan adalah RM200 dan terbuka kepada 15 peserta bagi setiap tahap.

Syarat penyertaan adalah perniagaan beroperasi di Selangor, berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan perusahaan sekurang-kurangnya telah beroperasi setahun.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan di Wisma KoHijrah sebelum 3 Februari ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-5544 7152 /7960 /7156 atau 011-2914 7206.

 


Pengarang :