Persembahan tarian Artis Kebudayaan Negeri Selangor di iringi oleh 9 Kumpulan Gamelan dari setiap Daerah Negeri Selangor ketika Konsert Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong 2022 di Pusat Pelancong Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Rentak Selangor strategi Kerajaan Negeri jenamakan aktiviti kebudayaan negeri

OLEH DIANA ABD WAHAB

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Program Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong antara strategi Kerajaan Negeri menjenamakan aktiviti kebudayaan terutama seni muzik dan tarian negeri ini.

Menurut EXCO kebudayaan program terbabit turut menyelitkan elemen kebudayaan lain seperti adat tradisi dan budaya kepelbagaian etnik dan latar belakang majmuk rakyat Selangor.

Selain itu, Borhan Aman Shah berkata program tersebut juga berjaya mencungkil bakat serta membongkar keunikan dan kepelbagaian seni yang masih diamalkan.

“Menerusi platform ini kumpulan-kumpulan seni dan budaya berpeluang mempersembahkan seni kebudayaan seterusnya memberi peluang kegiatan ini dirakam dan didokumenkan untuk rujukan generasi masa hadapan.

“Melalui Rentak Selangor Kerajaan Negeri beri peluang dan buka ruang untuk penggiat seni dan budaya ini terus berkarya sekali gus menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian Program Rentak Selangor dan Manifestasi Keroncong di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, di sini, malam tadi.

Borhan berkata kemampuan penggiat seni berkarya dan mempunyai pendapatan antara elemen utama kelangsungan seni budaya supaya ia terus relevan.

Justeru katanya, Kerajaan Negeri memberi peluang kepada kumpulan seni dan budaya membuat persembahan dalam majlis-majlis rasmi bagi mengekalkan kelangsungan mereka.


Pengarang :