Keadaan kereta pelayan restoran yang maut selepas bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup malam tadi. Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya
AGENDANASIONAL

Suami isteri diberkas kes letupan di Pandan Indah

SHAH ALAM, 4 JAN: Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam insiden letupan di Pandan Indah minggu lalu diberkas polis, tengah malam tadi.

Kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di Kedah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan, lapor Berita Harian.

Menurut portal tersebut, kedua-dua suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang bagi mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pelayan maut terkena letupan selepas sebuah bungkusan ditinggalkan atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan.

Mangsa berusia 28 tahun dilaporkan mahu mengalih sebuah bungkusan diletakkan di atas keretanya, selepas dimaklumkan rakan sekerja.

Letupan itu mengakibatkan mangsa cerah parah pada bahagian badan dan tangan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 malam di Hospital Ampang.

 


Pengarang :