Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor, KL diramal ribut petir dan hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 15 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan tiga daerah sehingga 7 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Negeri lain pula, Kedah di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Bentong dan Kuantan), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Manakala Sarawak pula di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :