GALERI

Adik-beradik kembar, Adam Shafiy Mohd Shafizol, 8, (kanan) bersama Ammar Sufi Mohd Shafizol, 8, bermain kucing jalanan di Taman Kucing Cyberjaya, Sepang pada  pada 18 Mac 2023. Taman kucing Cyberjaya dibina bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kucing terbiar di sekitar daerah Sepang bagi memastikan haiwan itu terpelihara dan tidak berkeliaran. Ia juga merupakan satu transit bagi kucing terbiar yang mempunyai peluang untuk dijadikan haiwan kesayangan bagi mereka yang berminat. Taman kucing berkenaan dapat menempatkan kira-kira 300 kucing pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan sebuah pejabat, klinik, ruang istirahat termasuk unit rawatan rapi, unit pemulihan serta unit rawatan kucing. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI


Pengarang :