KLANG, 30 MAC: Seramai 70 pengamal media diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran EXCO kebajikan masyarakat di Hotel Wyndham Acmar di sini hari ini.
V Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning berkata acara tahunan tersebut sebagai penghargaan kepada pengamal media yang banyak membuat liputan terutama membabitkan bantuan Kerajaan Negeri.
“Program seperti ini juga membuka peluang kepada saya bertukar pandangan dengan pengamal media. Kita berharap kerjasama erat terus terjalin pada masa depan,” katanya ditemui selepas majlis tersebut.

Dalam pekembangan lain, Ganabatirau yang juga Ahli Parlimen Klang memaklumkan pihaknya menganjurkan lebih lapan program dengan menyantuni pelbagai golongan sempena Ramadan.
“Kita akan agihkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Sri Muda dan Klang dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan beberapa zon berbeza.
“Selain itu, kita juga akan memberi sumbangan kepada surau dan masjid bagi membantu baiki infrastruktur dan kemudahan,” katanya.
