Pemandangan dari udara menunjukkan kediaman di Gemas Baharu yang dinaiki air susulan hujan lebat dan limpahan aliran Sungai Gemas dari Negeri Sembilan pada 3 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor hingga esok

KUALA LUMPUR, 5 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa and Betong) sehingga esok (6 Mac).

MetMalaysia juga pada 10.35 pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu  dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, juga sehingga esok.

Sementara itu amaran hujan berterusan (Waspada) itu juga dikeluarkan bagi kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

— BERNAMA

 


Pengarang :