Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama mahasiswa Selangor di Osaka, Jepun, malam tadi. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB temu mahasiswa di Jepun, hadiahkan buku Sejarah Selangor

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa bertemu mahasiswa Selangor yang melanjutkan pelajaran di Osaka, Jepun malam tadi.

Beliau turut menghadiahkan buku Sejarah Selangor 1766-1939 karya J.M Gullick terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) yang didanai Kerajaan Negeri kepada mereka.

“Menjadi kelaziman saya dalam setiap kunjungan ke luar negara, seboleh mungkin saya cuba mencari masa untuk berjumpa dengan mahasiswa Selangor di luar negara.

“Teruja mendengar pandangan antaranya Zul dari Puchong, Fahmy dari Tanjong Karang, Maziahtul dari Shah Alam serta Zahirah dari Gombak yang duduk di Jepun tentang pengalaman mereka di negara orang dan idea-idea baharu yang boleh diadaptasi di Selangor,” katanya merujuk panggilan mesra mahasiwa itu.

Amirudin dalam kenyataan di Facebook turut memberi jaminan Kerajaan Negeri menyediakan ruang dan peluang yang luas di negeri ini untuk dimanfaatkan semua anak Selangor yang berada di luar negara.

Beliau menitipkan pesan supaya mahasiswa memanfaatkan peluang belajar di luar negara sebaik-baiknya dengan mengutip banyak pengalaman untuk menabur bakti di negeri sendiri selepas tamat pengajian.


Pengarang :