Peserta mendengar ceramah bertajuk Adat dan Ibadat serta Kesempurnaan Solat (Sejarah Azan, Azan Solat dan Khusyuk Dalam Solat) pada program Mukhayyam Baitus Salam 2023 di Pusat Perlindungan Mualaf Baitus Salam, Shah Alam pada 24 dan 25 Februari lalu. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

19 penghuni Baitus Salam sertai program pemantapan asas ibadah

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM,8 MAC: Pusat perlindungan mualaf Baitus Salam menganjurkan program memperkukuhkan asas ibadah untuk golongan mualaf pada 24 dan 25 Februari lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata program yang disertai 19 penghuni bertujuan memberi kesedaran kepada peserta kepentingan kualiti ibadah.

“Program ini juga mendidik dan memupuk sifat kepimpinan khususnya dalam diri peserta lelaki agar mampu menjadi imam setelah mereka keluar dari Baitus Salam.

“Fasilitator bertugas terdiri daripada pelbagai bangsa seperti India, Orang Asli dan Cina supaya penyampaian ilmu menjadi lebih menarik,” katanya di Facebook.

Program yang dinamakan sebagai Mukhayyam Baitus Salam itu juga menyediakan ceramah bertajuk Adat dan Ibadat serta Kesempurnaan Solat (Sejarah Azan, Azan Solat dan Khusuk Dalam Solat).

Baitus Salam merupakan tempat perlindungan sementara kepada asnaf mualaf yang dikendalikan LZS.

Ia bertindak sebagai pusat komuniti yang menyusun semula hala tuju golongan sasar apabila memeluk Islam atau ketika ditimpa musibah.


Pengarang :