Pemandangan dari udara menunjukkan kediaman di Gemas Baharu yang dinaiki air susulan hujan lebat dan limpahan aliran Sungai Gemas dari Negeri Sembilan pada 3 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor hantar misi pertama bantuan banjir ke Johor esok

SHAH ALAM, 3 MAC: Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang bagi menolong mangsa terjejas akibat banjir digerakkan ke Johor esok, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berkata misi pertama tersebut akan menghantar barangan keperluan asas seperti makanan dan kit kebersihan ke depoh simpanan di Muar.

“Menginsafi musibah banjir yang melanda sebahagian besar negeri Johor, mesyuarat EXCO sebentar tadi meluluskan Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang ke negeri Johor.

“Misi pertama bermula esok dengan penghantaran barang keperluan asas seperti makanan dan kit kebersihan ke depoh simpanan di Muar. Semoga dipermudahkan

“Doa buat sekalian rakyat negeri Johor agar dipelihara dan diberi kemudahan menghadapi ujian ini,” katanya di Facebook.

Setakat 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Johor mencecah seramai 32,870 orang yang ditempatkan di 219 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri.


Pengarang :