Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Sumber Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) Universiti Selangor (UNISEL) merangkap Penasihat Karnival Kanak- Kanak Negeri Selangor 2023 Nurul Ain Ismail menunjukkan sijil penyertaan pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak- Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mei 2023. Foto Ihsan FPSS UNISEL
AGENSISELANGOR

Karnival kanak-kanak meriah, hampir 1,000 sertai pertandingan pakaian beragam

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 27 MEI:  Hampir 1,000 kanak-kanak menyertai pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak-Kanak Negeri Selangor 2023.

Program anjuran Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) Universiti Selangor (UNISEL) itu bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kerana mengumpulkan penyertaan pakaian beragam kanak-kanak paling ramai.

Dekannya Prof Madya Dr Astri Yulia berkata program tersebut antara lain bertujuan memupuk perpaduan sejak dari kecil sekali gus mewujudkan pelapis negara yang mempunyai semangat patriotisme.

“Selain itu ia juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan pendidikan awal dalam kalangan kanak-kanak serta betapa pentingnya untuk golongan dewasa menghargai mereka.

“Menerusi pertandingan ini, kita mahu kanak-kanak bebas buat pilihan masing-masing terhadap busana dikenakan kerana setiap mereka ada minat yang berbeza,” katanya kepada Selangorkini.

Sebahagian peserta pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak- Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mei 2023. Foto Ihsan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL)

Beliau ditemui selepas upacara perasmian  Karnival Kanak-Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 di sini, hari ini.

Karnival Kanak-Kanak Negeri Selangor 2023 turut mendapat kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Karnival dua hari bermula hari ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya teater dan persembahan muzikal, pameran gerai selain pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak.

Sebahagian peserta pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak- Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mei 2023. Foto Ihsan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL)

Pengarang :