Program perkhidmatan pembaikan kenderaan antara lapan program yang ditawarkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) bagi pengambilan khas sesi Jun dengan yuran pendaftaran, latihan dan asrama ditaja oleh Kerajaan Negeri. Foto Facebook Selangor Technical Skills Development Centre – STDC
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Negeri taja lapan program TVET berkemahiran tinggi, pengambilan khas sesi Jun 

SHAH ALAM, 5 JUN: Kerajaan Negeri menawarkan pembiayaan menerusi program penajaan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) bagi pengambilan khas sesi Jun tahun ini.

Menerusinya mereka yang berkelayakan berpeluang mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkemahiran tinggi di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

Institusi itu memaklumkan lapan program ditawarkan menerusi inisiatif tersebut termasuk berkaitan teknologi automotif, motosikal, sistem komputer, elektrik dan penyamanan udara.

“Selain itu, pastri, kulinari dan pereka fesyen wanita dengan pensijilan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan STDC.

“Yuran pendaftaran, latihan dan asrama ditaja oleh Kerajaan Selangor,” katanya di Facebook.

Menurutnya pemohon mestilah anak Selangor atau bermastautin di Selangor lebih 11 tahun dan berumur antara 16 hingga 30 tahun.

“Pemohon juga mesti lulus temuduga yang diurus setia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) selain ibu bapa berpendapatan dalam kalangan B40, M40 tertakluk kepada terma dan syarat ,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-3281 2619 atau atau mendaftar di pautan www.stdc.edu.my/daftarsekarang.php dengan borang permohonan boleh didapati di laman sesawang www.stdc.edu.my

STDC adalah institusi pendidikan teknikal bernaung di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran yang berkualiti dan berdampak tinggi ke arah Revolusi Industri 4.0.


Pengarang :