Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 1 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RS-1 padat projek pembangunan, kebajikan rakyat turut terangkum

SHAH ALAM, 1 JUN: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diumumkan Julai tahun lalu menggariskan 262 projek pembangunan untuk tempoh jangka panjang, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pelan lima tahun itu turut merangkumi inisiatif kebajikan bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau turut berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai negeri mampan dan lestari bagi mengimbangi pembangunan dan jaminan serta keselamatan sosial.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 1 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Sebagai negeri paling maju di Malaysia, Selangor menggariskan 262 projek melalui RS-1, yang juga merangkumi inisiatif kebajikan, pemberdayaan dan kelestarian.

“Kita harus mula mendigitalkan perkhidmatan kerajaan supaya rakyat menerima manfaat dan penjawat awam dibantu dengan penggunaan teknologi,” katanya pada sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan projek Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) untuk menjadikan daerah tersebut sebagai hab logistik dan pertanian pintar akan dilancar minggu depan.

“Justeru, saya berharap beberapa aspek dalam RS-1 ini dapat diterapkan dalam kajian separuh penggal RMK12 yang sedang diusahakan,” kata Amirudin.

SABDA yang terkandung dalam RS-1 membabitkan pembangunan tanaman bernilai tinggi atas kawasan berkeluasan 1,317 hektar, dijangka memberi pulangan hasil RM248 juta setahun.

Antara projek utama SABDA adalah pembangunan kompleks pendaratan ikan Sekinchan, pembinaan rehat dan rawat (R&R) serta pusat perniagaan air manis.


Pengarang :