Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena Jualan Mega Ehsan Rahmah di Taman Keramat pada 31 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sembilan lokasi jualan murah ayam, ikan, telur, beras pagi ini

SHAH ALAM, 10 JUN: Program jualan murah barangan asas seperti ayam, ikan, telur dan beras diteruskan di sembilan lokasi hari ini, bermula 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di Sungai Kantan (DUN Kajang), perkarangan Masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya (DUN Pelabuhan Klang), Surau An-Nur LP8, Lestari Perdana (DUN Seri Serdang) dan Kampung Paya Jaras, Hilir (DUN Paya Jaras).

Lokasi lain di Dewan Masyarakat, Bandar Kinrara (DUN Kinrara), Kajang Utama (DUN Sungai Ramal), sebelah surau Cheras Prima (DUN Balakong), Puteri Central Park (DUN Kuang) serta Taman Intan (DUN Meru).

Jualan bertujuan meringankan beban rakyat itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Program itu memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga awal Disember tahun lalu dengan nilai jualan melebihi RM16 juta.

Pada 31 Mei lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program yang sebelum ini dikenali Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga 1 September ini susulan sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri, baru-baru ini.


Pengarang :