Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Jelajah Madani peringkat Dewan Undangan Negeri Permatang di Dewan Serbaguna Haji Omar, Kuala Selangor pada 12 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bukan pertama kali pemimpin PN biadab terhadap Raja Melayu

SHAH ALAM, 13 JULAI – Penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bukan kejadian pertama pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas biadab dan kurang ajar terhadap Raja-raja Melayu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari menyifatkan perbuatan tersebut seolah-olah sebati dengan mereka lantaran ketiadaan hujah berasaskan angka dan fakta dalam kempen politik.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Madani Harapan DUN Bukit Melawati di tempat letak kereta Hotel Sun Inns Kuala Selangor pada 12 Julai 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Inilah DNA mereka. Kalau mereka tidak boleh lawan hujah berasaskan angka dan fakta, mereka akan hina fizikal lawan. Kemudian biadab dan celupar pada Raja-raja Melayu,” katanya.

Beliau juga melampir keratan media Yang di-Pertuan Agong berdukacita atas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada 29 Julai 2021.

Kenyataan berkenaan menyebut kerajaan membatal Ordinan Darurat yang dimasyhurkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedangkan belum mendapat diperkenan Baginda.

Dalam Twitter hari ini, Amirudin juga kesal tiada seorang pun pemimpin PN menegur perbuatan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekalipun sepentas dengan Menteri Besar Kedah itu.

“Malah dipimpin oleh Pakcik Min (Pengerusi PN Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali), mereka bertepuk tangan menyokong kebiadaban Sanusi. Rakyat Selangor akan ingat ini, rakyat Selangor akan hukum para penderhaka ini,” katanya.

Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Parti Keadilan (KEADILAN) Selangor Saifuddin Shafi Muhammad

Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Parti Keadilan (KEADILAN) Selangor pula mempersoal sama ada pemimpin PN tidak bersuara kerana bergantung kepada Sanusi untuk menarik rakyat ke ceramah.

Saifuddin Shafi Muhammad dalam kenyataan hari ini juga kesal berikutan Azmin yang juga bekas Dato’ Menteri tidak membuat sebarang teguran seolah-olah bersetuju dengan keceluparan Sanusi.

“Rakyat Selangor menanti menunggu permohonan maaf daripada Sanusi atas sikap kurang ajar beliau atau sekurang-kurangnya pimpinan PN Selangor ada keberanian untuk menegur Sanusi,” katanya.


Pengarang :