Jemaah haji mengunjungi kaunter permohonan Insentif Haji Muassasah yang dibuka pada 24 Julai 2023 di LG Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Foto Facebook Ahmad Azri
AGENSISELANGOR

Permohonan Insentif Haji Muassasah dibuka sehingga 29 Ogos

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 24 JULAI: Jemaah haji 1444H/2023M yang belum memohon Insentif Haji Muassasah masih boleh berbuat demikian sebelum 29 Ogos ini, kata ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata jemaah haji dari Selangor dalam kategori B40 dan M40 masih berpeluang mendapatkan insentif itu walaupun sudah selesai menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu.

“Kaunter permohonan Insentif Haji Muassasah pada pagi ini terus menerima sambutan daripada jemaah haji.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kaunter dibuka setiap Isnin dan Selasa, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di LG, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Selangor adalah negeri tunggal yang memberikan Insentif Haji Muassasah RM500 kepada jemaah haji dari negeri itu.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shaari mengumumkan seramai 3,000 jemaah haji layak menerima insentif tersebut.

Amirudin berkata inisiatif melalui MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.


Jemaah haji menerima Insentif Haji Muassasah di kaunter yang dibuka pada 24 Julai 2023 di LG Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Foto Facebook Ahmad Azri

Pengarang :