Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah dari belakang), EXCO Perumahan Rodziah Ismail (dua kanan dari belakang) dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (kanan dari belakang) bergambar bersama pembeli Rumah Idaman di Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran Tropicana Heights, Semenyih, Kajang pada 24 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor bina lebih 40,000 rumah mampu milik, tertinggi banding negeri lain

SHAH ALAM, 26 JULAI: Lebih 40,000 unit rumah mampu milik dibina di Selangor dalam tempoh lima tahun, tertinggi direkodkan berbanding negeri lain.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha membantu rakyat memiliki kediaman selesa akan diteruskan sekiranya Kerajaan Perpaduan diberi mandat lagi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (Akmal Nasrullah Mohd Nasir), Selangor membina paling banyak rumah mampu milik dalam lima tahun.

“Alhamdulillah, pengiktirafan ini menunjukkan Kerajaan Negeri Perpaduan benar-benar mendengar isi hati rakyat serta melaksanakannya.

“Insya-Allah, dengan harapan bahawa mandat akan diteruskan pada PRN akan datang, Kerajaan Perpaduan kekal komited untuk mengangkat kebajikan rakyat melalui kerja keras dan kebijaksanaan berbanding pihak lain yang gemar menyuntik kebencian dan permusuhan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Sebelum ini, Akmal Nasrullah memuji Kerajaan Selangor yang menggunakan kaedah sendiri untuk membina kediaman untuk rakyat iaitu Rumah Selangorku tanpa bantuan kerajaan persekutuan.

Selain membina rumah, Selangor turut melaksanakan Skim Smart Sewa bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri.

Dengan tempoh sewaan maksimum lima tahun, penyewa akan diberi pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan sebagai deposit awal untuk membeli rumah.


Pengarang :