Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Langat, Sepang diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 12 OGOS: Daerah Kuala Langat dan Sepang di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat dan ribut petir sehingga 10 pagi ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama turut dijangka di Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Manakala negeri lain, Melaka di Jasin serta Johor (Tangkak dan Muar).

Selangor dan Negeri Sembilan, selain Kedah, Pulau Pinang, Terengganu serta Kelantan terlibat dengan pilihan raya negeri hari ini.

Amaran dikeluarkan MetMalaysia apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :