Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad membuang undi di SJK(C) Selayang Baru pada 12 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Makin ramai beratur, tentukan pilihan wakil rakyat Selangor

SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai keluar mengundi seawal 7 pagi di banyak lokasi dalam tinjauan pasukan wartawan dan jurufoto Selangorkini.

Pilihan raya negeri Selangor, dan lima lagi, menyaksikan persaingan sengit di banyak kerusi, seolah-olah pilihan raya umum November tahun lalu belum selesai.

Berikut beberapa lokasi pilihan:

Orang ramai mula beratur seawal 7 pagi di Sekolah Kebangsaan Jalan Enam Bandar Baru Bangi, Kajang untuk menunaikan tanggungjawab.
Sedar tanggungjawab membuang undi, ramai mula beratur untuk memilih calon wakil rakyat di SMK Gombak Setia.
Orang ramai mula beratur seawal 7.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam bagi memilih calon DUN Paya Jaras
Orang ramai mula beratur seawal 7.45 pagi di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram Tanjung Karang, Kuala Selangor untuk mengundi calon Permatang.
Pengundi beratur di SK Salak, Sepang untuk menunaikan tanggungjawab di sebelah pagi sebelum hujan turun.

Pengarang :