Projek infrastruktur sedang giat disiapkan di tapak perumahan terbengkalai pembesaran Kampung Koskan Bandar Serendah, Hulu Selangor pada 23 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

101 projek terbengkalai babit hampir 40,000 rumah diselesaikan sejak 2007

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebanyak 101 projek melibatkan 39,476 unit rumah diselesaikan sejak 2007 menerusi Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor komited mengatasi masalah projek terbengkalai.

“Sehingga kini, 178 projek terbengkalai melibatkan 36,342 pembeli telah direkodkan dan sejak 2007, Kerajaan Negeri menyelesaikan 101 projek rumah melibatkan 39,476 unit rumah.

“Sebanyak RM18 juta diperuntuk ke dalam Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai Selangor bagi merancakkan usaha pemulihan projek terbengkalai,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

Beliau berkata lebih banyak projek dipulihkan antaranya pembesaran Kampung Koskan di Hulu Selangor dan Desa Mawar di Kuala Selangor.

Tambahnya, RM11.4 juta dibelanjakan bagi membaik pulih infrastruktur kedua-dua kawasan itu demi kemudahan penduduk.

Katanya, negeri dengan kerjasama Kementerian Pembangunan dan KerajaanTempatan bagi memulihkan tiga projek bernilai RM7.25 juta di Taman Meru Makmur dan Pangsapuri Impian Meru, Klang.


Pengarang :