Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad meninjau kemeriahan persiapan menjelang Deepavali di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 11 November 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor miliki asas perpaduan utuh, agenda kebajikan semua kaum terjaga

SHAH ALAM, 12 NOV: Prinsip keadilan dan keharmonian menjadi kunci komunikasi pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga tiada kaum terkecuali daripada agenda kebajikan serta pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar dalam ucapan sempena sambutan Deepavali berkata Selangor sangat unik dan beruntung kerana memiliki asas perpaduan yang utuh.

“Moga perayaan cahaya ini disambut meriah dengan semangat persaudaraan dan kekeluargaan.

“Selamat menyambut hari Deepavali saya ucapkan kepada seluruh masyarakat India di Selangor. Vanakkam, En Iniya Deepavali Nal Vaalthukal,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Beliau berkata sambutan Deepavali turut diraikan bersama golongan yang memerlukan dengan bantuan baucar beli-belah Jom Shopping Perayaan.

Sebanyak 22,000 baucar beli-belah disediakan Kerajaan Negeri sempena Deepavali tahun ini membabitkan peruntukan keseluruhan RM4.4 juta.

Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 22 kawasan pembangkang menerima kuota antara 300 hingga 600 baucar bergantung bilangan penduduk India di kawasan masing-masing.

Foto Facebook Amirudin Shari

Pengarang :