Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan, Permaisuri zahir harapan pesta cahaya sinari semangat perpaduan

SHAH ALAM, 12 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengutus ucapan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berharap pesta cahaya kali ini disambut dalam suasana yang harmoni, hormat-menghormati dan bersatu-padu.

“Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali akan terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran yang datang,” menurut kenyataan dikongsi Facebook Selangor Royal Office.


Pengarang :