Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di tapak pasar malam Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 27 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah empat lokasi pagi ini, selain tiga cawangan Segi Fresh

SHAH ALAM, 22 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat lokasi hari ini mulai jam 10 pagi.

Jualan murah barangan asas itu diadakan di dewan MPKK Kampung Kemensah (Hulu Kelang), Pangsapuri Seri Mawar Bandar Seri Putra (Semenyih), Kampung Jambu (Balakong) dan Dewan MBSA Pulai Seksyen 27A (Kota Kemuning).

Selain itu, jualan murah turut diadakan di pasar raya Segi Fresh cawangan Kuala Kubu Bharu, Saujana Utama dan Banting.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Pada 22 September, EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.


Pengarang :