Penduduk Kampung Tersang, Kampung Bendang Perol dan Kampung Gual Tok Deh di Pasir Mas, Kelantan berdepan isu banjir termenung ketika tinjauan pada 19 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 2,000 mangsa bah di Pasir Mas masih berlindung di PPS

KOTA BHARU, 22 DIS: Jumlah mangsa banjir termenung yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas terus berkurangan kepada 2,149 orang daripada 665 keluarga setakat 9 pagi ini.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, jumlah itu menurun berbanding 2,316 orang daripada 729 keluarga seperti yang direkodkan malam tadi.

Kesemua mangsa berlindung di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To’Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dan SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh.

— BERNAMA


Pengarang :