Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor bagi Program Kecerdasan Buatan (AI) Nusantara di Double Tree Hilton, Shah Alam pada 18 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah Madani negeri bermula 23 Februari di Stadium Kuala Selangor

SHAH ALAM, 18 JAN: Jelajah Madani peringkat negeri akan berlangsung di Stadium Kuala Selangor pada 23 hingga 25 Februari depan.

Dato’ Menteri Besar berkata program tiga hari itu akan menjadi medan hebahan inisiatif disediakan Selangor dan Pusat untuk membantu serta meringankan beban rakyat.

“Masih ada penduduk yang belum faham dan tahu tentang perancangan negeri. Jadi ini antara langkah terbaik untuk terangkan kepada mereka.

“Sebahagian program hari itu (Jejalah Madani di Bukit Jalil) juga turut dipamerkan. Insya-Allah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka turun pada hari terakhir untuk acara penutup,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas menyempurakan majlis graduasi 31 pelajar Sekolah Digital Selangor di sini, hari ini.

Pada 3 Januari, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah Madani peringkat negeri.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri bersetuju untuk menganjurkan Jelajah Madani peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lalu.


Pengarang :