PBTSELANGOR

MBSJ tawar khidmat kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 16 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres sempena Aidilfitri.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan perkhidmatan kutipan dilaksanakan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) selama 12 hari mulai 25 Mac hingga 5 April.

“Kategori sampah pukal adalah tilam, perabot lama dan seumpamanya. Sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik dan barang kitar semula adalah tidak termasuk dalam perkhidmatan ini.

“Keutamaan perkhidmatan ini diberikan kepada penduduk yang menyambut Aidilfitri,” katanya di Facebook.

Menurut MBSJ permohonan perkhidmatan boleh dibuat melalui KDEBWM di talian 03-8081 4437 atau Whatsapp (011-3558 4437).

“Pemohon akan dihubungi KDEBWM untuk menetapkan tarikh kutipan dan perlu meletakkan sampah pukal di hadapan rumah,” katanya.


Pengarang :