DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan mencuba aktiviti menyumpit pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di kampung Orang Asli Ulu Tamu di Kuala Kubu Bharu pada 21 Februari 2024. FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Program Gagasan Rumpun Selangor Hulu Langat 24 hingga 26 April

SHAH ALAM, 18 APRIL: Orang ramai dijemput memeriahkan program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Langat pada 24 hingga 26 April yang dihadiri Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor.

Tengku Amir Shah akan berkenan berangkat melawat Warung Roti Canai Teras Jernang, Kajang Wall Mural, Medan Sate Kajang dan Bangi Square 2.

Selain itu, Pasar Malam Downtown Jalan Reko, Laman Medan Selera Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang.

Pelbagai program menarik di setiap lokasi seperti klinik bola sepak serta walkabout bersama pemain Selangor FC, persembahan silat, tarian, kebudayaan, muzik jalanan, rewang dan santapan kenduri.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berswafoto ketika menyertai gotong-royong bersama rakyat di Alor Lempah, Ampang Pechah sempena program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu pada 23 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Raja Muda Selangor turut mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Pusat Permata Pintar, Rumah Pengasih Warga Prihatin di Sungai Ramal, Kilang Pemprosesan Sate Kajang Haji Samuri, Denai Sungai Langat, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Muda dan Empangan Semenyih.

Lawatan Tengku Amir Shah diteruskan ke Masjid Rinching Hulu Beranang, Institusi Perindustrian MARA Jepun (MJII), Projek Agro Bandar Melon ACE Pandan Jaya dan Pusat Anaerobic Digester MPAJ.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.


Pengarang :