Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir berucap ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Ramai pulang ke kampung, kutipan sisa domestik minggu pertama Aidilfitri turun

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kutipan sampah domestik di seluruh Selangor mencatat penurunan sepanjang minggu pertama Aidilfitri.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata penurunan kutipan itu berikutan faktor masyarakat pulang ke kampung.

Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir berucap ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Berdasarkan data, pada dua hari sebelum Aidilfitri kutipan mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 tan sehari. Namun, pada awal Aidilfitri kutipan hanya sekitar 4,000 tan sehari berbanding hampir 7,000 tan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri KDEBWM di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini yang dihadiri lebih 2,000 tetamu.

Pengarah Urusan KDEBWM Dato’ Ramli Mohd Tahir beramah mesra bersama tetamu ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM 2024 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 23 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Dalam pada itu, beliau memaklumkan dua lagi pusat kitar semula pandu lalu automatik (ATDReC) akan dibuka pada tahun ini.

“Pusat kitar semula ini dibina untuk memudahkan orang awam membuang sampah kitar semula di tempat yang lebih selesa. Urusan pembayaran barangan kitar semula dilakukan dalam tempoh 48 jam.

“Setakat ini, pusat ini beroperasi di Sepang sahaja dan kita jangka akanbuka di dua lagi pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Dato’ Abd Hamid Hussain dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir melakukan gimik perasmian sempena majlis pelancaran Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) oleh KDEBWM di Pusat Kitar Semula Cyberjaya (PKSC), Sepang pada 25 Mac 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Mac lalu, ATDReC pertama dibuka di Cyberjaya bagi kemudahan orang ramai selain meningkatkan kesedaran amalan kitar semula

Berkonsepkan ‘dibuat individu dengan yakin’ (DIY), inisiatif itu membantu masyarakat menjana duit melalui ‘sampah’.


Pengarang :