Dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jam 9.30 pagi, 23 April 2024. Foto Facebook KPKT Malaysia
AGENDANASIONAL

Dua pegawai memerintah, tiga wanita antara 10 terkorban nahas helikopter TLDM

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga wanita terbabit adalah kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna yang ketiga-tiganya merupakan penumpang di dalam helikopter berkenaan.

Sementara dua Pegawai Memerintah itu masing-masing adalah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Pegawai Memerintah Skuadron 502 Komander Muhamad Amir Mohamad.

Lima lagi identiti mangsa yang terkorban seperti berikut:

Pesawat HOM-AW139

1) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
2) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
3) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun

Pesawat Fennec (M502-6)

4) Leftenan Sivasutan Thanjappan
5) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :