Petugas membuat persiapan menyediakan barangan asas ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Selat Klang di Pangsapuri Seri Perantau, Klang pada 10 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Rawang, Tanjung Sepat antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 23 APRIL: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas murah di empat lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan diadakan di Pejabat MPKK Padang Jawa Daerah Klang (Batu Tiga) dan Kampung Tumbuk Darat (Tanjung Sepat).

Kawasan lain adalah kabin Tasik Taman Bersatu (Rawang) dan depan Sekolah Kampung Melayu Batu 13 Sungai Buloh (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :