AGENDANASIONAL

Klang, Petaling antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 23 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama berlaku di Putrajaya dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Labuan, Sarawak dan Sabah.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :