AGENDANASIONAL

Hujan, ribut petir di Selangor hingga 1 Jun

SHAH ALAM, 26 MEI: Empat daerah di Selangor diramal mengalami hujan serta ribut petir bermula hari ini hingga 1 Jun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Daerah tersebut ialah Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

MetMalaysia turut meramalkan daerah Sepang, Kuala Langat, Petaling dan Klang mengalami cuaca panas bermula hari ini sehingga esok, namun kembali hujan pada 28 Mei hingga 1 Jun.

Bagi Sabak Bernam, daerah berkenaan dijangka mengalami cuaca panas bermula Jumaat (29 Mei) hingga Isnin depan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.


Pengarang :