PUTRAJAYA, 4 Mei — Pegawai Jabatan Imigresen menyemak dokumen pemilik pasport sebelum membenarkan membaharuinya ketika tinjauan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada hari ini. PKPB ini diharap dapat merancakkan kembali sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial yang telah dilesukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Orang ramai mula diberikan ruang untuk bertugas mengikut normal baharu dan bekerja secara bergilir di rumah dan di pejabat atau tempat bertugas.?Namun masih lagi mengamalkan jarak sosial dan perlu mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDANASIONAL

PKPD: Hanya tiga perkhidmatan pejabat kerajaan dibenar operasi

SHAH ALAM, 3 JULAI: Hanya tiga perkhidmatan pejabat kerajaan dibenarkan beroperasi di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia membabitkan perkhidmatan kesihatan, balai polis dan pintu-pintu masuk antarabangsa melibatkan urusan kastam, imigresen serta kuarantin.

“Selaras pelaksanaan PKPD, tatacara operasi piawai (SOP) pejabat kerajaan akan mengguna pakai arahan pengoperasian pejabat kerajaan fasa satu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis memaklumkan PKPD dilaksana di 34 mukim di lapan daerah Selangor selama 14 hari bermula hari ini sehingga 16 Julai.

Pada 29 Jun, kerajaan memutuskan untuk membuka kaunter perkhidmatan secara fizikal bermula 1 Julai dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Pembukaan kaunter perkhidmatan secara fizikal itu hanya membabitkan perkhidmatan tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian, kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus dan kehadiran secara fizikal hanya melalui janji temu berjadual.


Pengarang :