Rodziah Ismail (kiri) memberi penerangan kepada penerima bantuan geran alatan Sitham Yayasan Hijrah Selangor di Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 11 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Harap dana Hijrah kekal, sasar pulangan berganda ekonomi negeri

KUALA SELANGOR, 11 OKT: Dana pinjaman perniagaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) diharap kekal RM80 juta dalam Belanjawan 2022 yang bakal dibentang bulan depan.

EXCO pembangunan usahawan berkata peruntukan itu bagi membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibuat sekali gus memberi pulangan berganda kepada negeri.

“Seperti yang disebut Dato’ Menteri Besar dalam memastikan ekonomi Selangor bergerak pantas, pastinya kita menggalakan banyak program pembangunan dan keusahawan.

“Apabila duit sampai kepada rakyat, ia akan merangsang ekonomi…kita harap apabila Hijrah keluar RM80 juta ia memberi kesan lima kali ganda kepada pergerakan ekonomi negeri,” kata Rodziah Ismail.

Beliau yang ditemui selepas menyerahkan mesin memproses makanan haiwan kepada penternak di sini juga yakin usahahawan Hijrah membuat yang terbaik seperti tahun sebelumnya.

Dua Pakej Kita Selangor yang dibentang tahun ini memperuntuk tambahan RM15 juta bagi pelaksanaan Skim Go Digital untuk menggalakkan peniaga menyertai jualan secara maya.

Skim Niaga Darul Ehsan dengan dana RM10 juta pula membantu individu yang ingin memulakan perniagaan sekali gus menjana pendapatan susulan pandemik.

 


Pengarang :