Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa satu beroperasi dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu mulai jam 3 petang pada 16 Jun 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Fasa satu MRT laluan Putrajaya beroperasi hari ini

SHAH ALAM, 16 JUN: Fasa satu Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya mula beroperasi hari ini membabitkan 12 stesen keseluruhannya bagi kemudahan orang ramai.

Stesen tersebut ialah Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral dan Sri Damansara Timur, lapor Astro Awani.

Stesen lain ialah Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu, yang membolehkan penumpang menukar laluan lebih cepat melalui platform aras sama di Kwasa Damansara.

Bas pengantara dan Go-KL juga disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Laluan itu pada awalnya dijadualkan beroperasi Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan ke pertengahan November sebelum berdepan kelewatan sekali lagi.

Selepas siap sepenuhnya, MRT laluan Putrajaya akan meliputi jajaran sepanjang 57.7 kilometer dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.


Pengarang :