Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan esok, peluang penduduk dapatkan barangan murah

SHAH ALAM, 8 OKT: Inisiatif jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke lapan lokasi membabitkan lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di Jalan Puding Mempari (DUN Meru), Apartment Julia (DUN Taman Templer), Flat PJS 7/15 (DUN Subang Jaya) dan Taman Sri Indah B (DUN Paya Jaras).

Program turut diadakan di Tapak Pasar Malam Klang Jaya (DUN Sentosa), Tapak Taman Rakyat Andalas (DUN Sungai Kandis), Pekarangan Masjid ArRohmaniah (DUN Tanjung Sepat) dan Balai Raya Orang Asli (DUN Dengkil).

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :