PBTSELANGOR

241 kenderaan ditunda MPAJ ganggu trafik

OLEH SYAZWANI SUFIAN

AMPANG, 1 FEB: Kira-kira 241 kenderaan ditunda Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi kesalahan trafik dan kenderaan terbiar di kawasan Melawati dan sekitarnya.

Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, pihaknya menyediakan Depoh Penguatkuasa Cawangan Melawati yang menempatkan kenderaan ditunda di atas kesalahan trafik dan kenderaan terbiar sejak November tahun lalu.

“Sejak depoh beroperasi, jumlah kutipan operasi tunda dan kompaun kesalahan trafik sebanyak RM49,706 dengan 241 kenderaan ditunda.

“Sebelum tindakan itu diambil pemilik premis diberi notis terlebih dahulu, namun jika mereka ingkar kereta terlibat ditarik untuk dikenakan tindakan kompaun,” katanya dalam mesyuarat penuh MPAJ, baru-baru ini.

Hamid turut mengharapkan dengan wujudnya depoh itu mengurangkan masalah trafik di kawasan Melawati dan sekitarnya.

=EZY=


Pengarang :