SUKANKINI

Manchester United dan Chelsea rebah, City terus menjauh

OLEH AFIX REDZUAN

LONDON, 1 FEB: Liga Perdana Inggeris terus menyajikan kejutan awal apabila dua pasukan dari kelompok teratas, Manchester United dan Chelsea tumbang kepada lawan masing-masing.

Dalam aksi di Stadium Wembley, Christian Eriksen hanya memerlukan 11 saat untuk meletakkan Tottenham Hotspur di depan ketika berdepan Manchester United di hadapan 81,978 penyokong sendiri.

Phil Jones menambah derita United apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-28 bagi kedudukan 2-0 sebelum mengakhiri babak pertama.

Manchester United tidak mampu bangkit memberikan tentangan pada babak kedua meskipun meletakkan pemain baru ditandatangani, Alexis Sanchez dalam kesebelasan utama sehingga akhir permainan.

Nasib malang turut menimpa Chelsea apabila tewaa mengejut 0-3 kepada AFC Bournemouth di laman sendiri.

Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Callum Wilson memecah kebuntuan pada minit ke-51 sekaligus meletakkan pasukan pelawat di hadapan.

Dua jaringan dalam tempoh tiga minit daripada Junior Stanislas dan Nanthan Ake melengkapkan derita The Blues dengan kemenangan bergaya 0-3.

Dalam satu lagi perlawanan, pendahulu liga, Manchester City terus menjarakkan kedudukan apabila menang mudah 3-0 ke atas West Bromwich Albion.

Fernandinho meletakkan City mendahului 1-0 pada babak pertama sebelum Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero menambah dua lagi gol pada babak kedua.

Selepas 25 perlawanan, anak buah Pep Guardiola memimpin Liga Perdana Inggeris dengan perbezaan 15 mata selepas 25 perlawanan.

 

Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung:

Southampton 1 (Jack Stephens m64) Brighton 1 (Glenn Murray m14 (P))

Chelsea 0 Bournemouth 3 (Callum Wilson m51, Junior Stanislas m64, Nathan Ake m67)

Everton 2 (Theo walcott m25,39) Leicester City 1 (James Vardy m71 (P))

Newcastle 1 (Jamaal Lascelles m65) Burney 1 (Karl Darlow m85 (OG))

Manchester City 3 (Fernandinho m19, De Bruyne m68, Sergio Aguero m89) West Brom 0

Tottenham 2 (Eriksen m1, Jones m28 (OG)) Manchester United 0

Stoke City 0 Watford 0

 

 


Pengarang :