NASIONAL

Bagaimana PRU akan datang dikhianati?

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 MAC: Pemikir Malaysia dari Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat, berpandangan jika pilihan raya adalah pengundi memilih ahli politik, maka persempadanan semula adalah ahli politik memilih pengundi.

Memetik laporan The Economist, perkara itu diluahkan beliau dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur untuk meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun kawasan persempadanan semula.

Berdasarkan peta terbaru, Chin Huat menjelaskan, keadaan itu akan membantu Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa lebih kukuh, selepas 44 tahun berkhidmat.

Pilihan nraya perlu diadakan pada Ogos ini dengan esi terkhir sidang Parlimen sebelum pengundian, pada 5 April.

Sebelum penangguhaan, penggubal undang-undang dijangka mengundi persempadanan baru untuk kawasan masing-masing.

Saiz kawasan pilihan raya yang berbeza mencetuskan kebimbangan pengkritik kerana ia membabitkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk dan pengundi yang cenderung kepada pembangkang hingga ke kawasan padat berbanding kawasan luar bandar atau majoriti Melayu penyokong BN ekoran mempunyai penduduk rendah.

Kesannya, Ahli Parlimen pembangkang memerlukan undi lebih besar jika ingin menang kerana pada PRU13, BN menang 60 peratus kerusi walaupun menerima undi rendah menerusi ‘helah’ itu.

SPR menjadikan kawasan pilihan raya ‘lebih teruk’ berbanding menjadikannya lebih seimbang.

Di Semenanjung Malaysia, terdapat 15 kerusi Parlimen yang mengandungi lebih 100,000 pengundi merujuk kepada maklumat organisasi menyokong reofrmasi pilihan raya, Tindak Malaysia.

14 daripadanya dikuasai pembangkang daripada pelbagai parti tetapi satu daripada 30 kawasan pilihan raya yang kecil mempunyai kurang 18,000 pengundi menyokong BN.

Bekas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyatakan, mengikut Perlembagaan Persekutuan, kawasan pemilihan perlu ‘hampir sama’.

Asalnya, variasi ukuran tidak melebihi 15 peratus kemudian diubah kepada 30 peratus sebelum peraturan itu dimansuhkan pada 1973.

Sejak daripada itu, maka berlaku banyak perubahan dan peta kawasan pemilih terkini didakwa sangat buruk.

Persempadanan semula menambah lagi masalah kerana ia membabitkan penggubalan sempadan kawasan pilihan raya yang menyaksikan perubahan pengundi pembangkang di beberapa kerusi semantara penyokong parti pemerintah pula bertambah.


Pengarang :