SUKANKINI

Liga 1 Perancis: PSG terus pamer penguasaan

OLEH AFIX REDZUAN

PARIS, 4 MAC: Paris Saint-Germain (PSG) terus kukuh di persada Liga 1 Perancis apabila mencatatkan kemenangan mudah ke atas Troyes di gelanggang lawan semalam.

Walaupun masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan khidmat penyerang Brazil, Neymar JR, PSG tidak berdepan masalah untuk bangkit pada babak kedua selepas terikat tanpa jaringan 45 minit pertama perlawanan.

Angel Di Maria meneruskan rekod jaringan cemerlang beliau apabila membuka jaringan pendahuluan selepas dua minit perlawanan bersambung pada babak kedua.

Beliau yang menerima lorongan daripada Julian Draxler tenang melambungkan bola melepas penjaga gol Troyes, Erwin Zelany bagi kedudukan 0-1.

PSG menggandakan asakan dan akhirnya berjaya menambah jaringan pada minit ke-77 menerusi rembatan Christopher Nkunku yang menerima hantaran lintang Dani Alves.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan PSG berkelebihan 14 mata di takhta liga dengan mengumpul 74 mata sementara As Monaco yang mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux, kedua selepas 28 perlawanan.

 

Foto Kredit: AFP


Pengarang :