SELANGOR

Kunjungan Dr Wan Azizah ke Shah Alam semarak semangat perubahan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Rakyat di Shah Alam teruja menerima kunjungan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke kawasan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga iaitu Rodziah Ismail, hari ini.

Rata-rata mereka melaungkan reformasi ketika ketibaan beliau sekitar jam 1.30 tengah hari.

Beliau hadir bagi tujuan makan tengah hari secara santai bersama penduduk sekitar di Wakaf Kebun Komuniti Blok 6, Sekysen 17, Shah Alam.

Difahamkan, penduduk telah membuat persiapan awal bagi menyambut dan menanti ketibaan beliau sekitar jam 12 tengah hari.

Rata-rata mereka kelihatan gembira dan teruja bertemu Calon Parlimen Pandan itu.

Tidak kurang juga ada yang bergilir-gilir ingin bergambar bersama presiden itu sambil menyatakan sokongan mereka tidak pernah putus terhadap Pakatan Harapan dan bakal membuang undi untuk parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Turut hadir calon Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Calon Kota Anggerik, Najwan Halimi.

=EZY=


Pengarang :