Selangorkini
PBT SELANGOR

MPAJ kumpul sukarelawan ‘selamatkan’ lebihan makanan bazar Ramadan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengadakan kempen MySaveFood Ramadhan dengan objektif untuk mengagihkan lebihan makanan berkualiti kepada pihak memerlukan.

Sumber dari Bahagian Kesihatan Jabatan Kesihatan, Alam Sekitar dan Penjaja, MPAJ berkata, ia bertujuan untuk memastikan lebihan makanan di bazar Ramadan tidak dibuang begitu sahaja ke tapak pelupusan sampah.

Katanya, kempen tersebut mendapat kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang turut menyokong inisiatif ke arah mengurangkan pembaziran makanan.

“Justeru itu MPAJ sedang mengumpulkan sukarelawan yang terdiri daripada orang awam yang prihatin, kemudiannya lebihan makanan berkualiti akan diagihkan kepada penerima yang layak.

“Bagi yang berminat, orang ramai boleh melayari laman web MPAJ dan mengisi borang atas talian yang disediakan, antara tugas disediakan ialah petugas promosi, pengumpulan stok dan juga petugas agihan,” katanya melalui kenyataan kepada SelangorKini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-42857109, 03-42857098 atau 03-42857007.

=EZY=


Pengarang :